Bilaku rindu padamu
Terasa kuatnya cintaku
Terbangkit resah terpandang wajahmu
Bertambahlah kasih sayangku
Sesaat kau tak ku pandang
Terasa sepinya jiwaku
Tertunggu aku hadirnya dirimu
Walaupun sekelip mata
Betapa sepinya hidup seorang perindu
Dihanyut oleh keresahan
Rindu hatiku tak jemu padamu
Selagi kau masih ku cinta
Biar apa pun yang memisahkan
Namun ku tetap menyintaimu
Selagi hidup belum berakhir
Selagi itu ku merinduimu
Ku seorang perindu sepi
Tak jemu ku terus menanti
Khamis, 16 Jun 2011
Sepi Seorang Perindu -Jamal Abdillah
Rabu, 15 Jun 2011
Sayang atau Suka...
Suka adalah ingin memilikinya untuk diri sendiri
Sayang adalah ingin selalu membuatnya bahagia.
Cinta adalah melakukan apapun untuk kebahagiaannya meskipun harus berkorban.
Suka adalah ketika kau bertanya, bolehkah aku mencium mu?
Sayang adalah ketika kau bertanya, bolehkah aku memelukmu?
Cinta adalah ketika kau bertanya, maukah kau genggam tanganku?
Suka adalah ketika kau menangis dia akan berkata, sudahlah jangan menangis.
Sayang adalah ketika kau menangis dia akan menangis bersamamu.
Cinta adalah ketika kau menangis dia akan berkata, sudahlah kita akan selesaikan ini bersama-sama.
Suka adalah pada saat kau melihatnya ia begitu menawan.
Sayang adalah ketika kau melihat dengan hati bukan dengan mata.
Cinta adalah ketika kau melihatnya kau akan berkata, Buatku dia adalah anugerah terindah yang pernah tuhan berikan padaku.
Suka adalah pada saat ia menyakitimu kau akan marah dan tidak mau bicara lagi padanya.
Sayang adalah pada saat ia menyakitimu maka kau akan menangis untuknya.
Cinta adalah pada saat ia menyakitimu maka kau akan berkata tak apa ia hanya tidak tahu apa yang telah ia lakukan.
Suka adalah memaksanya untuk menyukaimu.
Sayang adalah membiarkannya memilih.
Cinta adalah menantinya dengan setia dan tulus.
Suka adalah menemaninya saat menguntungkanmu.
Sayang adalah menemaninya saat ia memerlukanmu.
Cinta adalah selalu menemaninya disaat bagaimanapun keadaanmu.
Suka adalah hal yang menuntut.
Sayang adalah hal yang memberi dan menerima.
Cinta adalah hal yang memberi dengan ikhlas tanpa mengharapkan balasan.
Cinta Itu Anugerah...
Andaikata dunia hendak meraih cinta, ia tak akan mampu dan andaikata ia akan
menolaknya, ia juga tak akan kuasa, kerana cinta itu suatu anugerah..
Cinta itu seperti sinar matahari, memberi TANPA mengharap kembali.
Cinta itu seperti sinar matahari, TIDAK MEMILIH siapa yang ia sinari.
Cinta itu seperti
sinar matahari yang MEMBERI KEHANGATAN DI HATI..
Cinta adalah sebuah janji, cinta adalah sebuah cenderahati, sekali diberi tidak akan di lupakan , jangan biarkan ia hilang.
Jika ia sebuah cinta, ia tidak hadir dengan permintaan… namun ia hadir kerana
ketentuannya…. Jika ia sebuah cinta, ia tidak hadir dengan kemewahan dan
kebendaan…namun ia hadir kerana pengorbanan dan kesetiaan
Cinta tak pernah menjanjikan apa-apa. Ia berlaku dengan indah sekali dan mungkin
berakhir dengan perit sekali.
Cinta tidak semestinya membawa kebahagian dan keindahan. Cinta juga adalah
pemusnah dan boleh membawa pada kekecewaan yang panjang.
Ingat disetiap waktu ada org yang lebih menyayangi diri kita. Kita tak akan
kehilangannya sekira kita terus menyayanginya dengan sepenuh hati
Cinta perempuan itu diibaratkan seperti layang-layang, bila dikejar ia lari,
bila ditunggu ia menanti. Manakala cinta lelaki pula adalah seperti cermin,
walaupun ia tidak berbohong, namun sukar untuk dipercayai. Sedangkan cinta itu
sendiri adalah seperti sang rembulan yang menerangi kegelapan malam yang gelita
tetapi sampai hati membiarkan pungguk merinduinya.
Andai kita menyinta, jangan dipuja cinta itu seperti bunga kerana bunga akan
layu bila akhir musimnya. Biarlah cinta itu seperti sungai yang mengalir kerana
ianya akan mengalir buat selamanya.
Cinta ibarat dua hati yang dihubungkan oleh sebatang spring teguh dan ajaib,
apabila dua hati itu dijarakkan, spring itu akan mengalami ketegangan. Semakin
jauh spring itu diregangkan, semakin kuat dua hati itu ingin bertemu.
Cinta yang dimulai dengan senyuman,tumbuh dengan dakapan dan seringkali berakhir
dengan air mata.
Cinta itu adalah sesuatu yang SEDAP jika dilihat, tapi BASI jika dibiarkan.
Cinta itu BUKAN seuatu hal yang indah, jika berakhir dengan perpisahan.....
Khamis, 19 Mei 2011
Kitab: Halal dan haram didalam islam(terjemahan asal dari kitab yusof al-qardawi)
- Diharamkan sutera bagi lelaki,digantikan cotton.kerana sutera itu lembut berlawanan dengan sifat lelaki.
- Menyampai kepada yang haram adalah haram hukumnya,Menyampai kepada yang halal adalah halal hukumnya.
- Maksudnya:melakukan suatu perkara yang halal asalnya, Yang akhirnya menuju haram.
- Contoh:bersetubuhan antara lelaki dan perempuan tiada nikah itu haram.Jadi,Melakukan perkara yang sebelum berlakunya itu adalah haram.Seperti berhubungan antara lelaki dan perempuan hingga timbulnya suatu tarikan syhwat,Kemudian pergi menonton wayang,dan akhirnya melakukan persetubuhan.
- hukum kencing berdiri adalah makruh.ini krn Nabi SAW pernah kencing berdiri ditempat pembuangan sampah semasa dalam medan peperangan.adalah tidak layak seorang Nabi tunduk di tempat pembuangan sampah.
- tempat yg diharamkan membung hadas besar.krn menyebabkan tersebarnya penyakit.
- di telaga/sungai.
- di jalanan.
- tempat perteduhan.cth:hentian bas.
- dijadikan yang Halal dan haram ada sebab musababnya. yg haram itu sedikit,manakala yg halal itu banyak.
- amalan yg baik adalah penghapus dosa.spt bersedekah.
- menghalal yg haram,mengharam yg halal jatuh syirik.cth: seorg yg tak blh memakan daging kambing,berkata ia"aku haram memakan daging kambing" ia jatuh syirik.kerana asalnya kambing itu halal.
- Tabaruj:ertinya seorang wanita memakai pakaian/perhiasan yg bertujuan menarik perhatian org lain.spt memakai wangian.
- terjumpa makanan/barang di jalanan adalah haram diambil/dimakan.
- cth:sebuah lori yg membawa durian kemalangan.bertaburan durian di tengah jalan.adalah haram diambil.walaupun pemandu suruh ambil, ia tetap haram.krn ia bukan haknya.halal jika pemandu itu adalah pemiliknya.
- diharamkan arak.tidak diterima solat org yg meminum arak selama 40 hari.krn kandungan arak itu kekal didalam badan selama 40 hari.
- bersunat bagi lelaki hukumnya adalah wajib.manakala bersunat bagi perempauan adalah sunat hukumnya.kelebihan bersunat bagi lelaki akan terhindar segala penyakit kelamin.
kitab: Baharu Al-Madzi -Juzu 5. Mengenai puasa.
- Memulakan ibadat hendaklah dimulakan dengan niat.
- Tiada puasa bagi orang yang tidak berniat puasa pada malamnya.
- Puasa wajib spt puasa ramdan dan puasa nazar, wajib berniat puasa malam,sebelum tidur.
- Hukum niat puasa sunat adalah harus walaupun selepas subuh/terbit fajar.dengan syarat tiada melakukan perkara yg membatalkan puasa, sah puasanya.
- Berniat puasa dalam hati,tiada wajib dilafazkan.melafazkan hukumnya sunat.
- Tiada batal puasa memandang wanita sehingga keluar mani.
- Tiada batal puasa mimpi keluar mani siang hari puasa.
- Tiada batal puasa cium isteri merasa sedap ia, sehingga keluar mazi,tiada keluar mani.
- berjima suami isteri malam hari, tiada sedar(tertidur)hingga siang hari maka tiada batal puasanya.
- IKHLAS itu kelakuan hati yang Allah PUJI.
- Peringkat IKHLAS
- Yang paling TINGGI-Melakukan ibadat semata2 kerana Allah.
- Yang SEDERHANA-Melakukan ibadat kerana menuntut pahla dan lari daripada siksa.
- Yang paling RENDAH-Melakukan ibadat kerana hendak Allah bagi selamat didunia.
- RIAK itu adalah syirik kecil. cth: melakukan ibadat kerana inginkan pujian/menunjuk-nunjuk.
- Apabila syukur itu ada 3 perlaksanaanya.
- Ilmu -merasa didalam hati suatu kesembuhan datang dari allah.
- Perlakuan
- Tindakkan
- Orang yang hampir kepada Allah,Allah akan lindungi segala yang berlaku, melainkan dengan izinnya.
- Islam menjamin 5 perkara:-
- Agama.=pengharaman murtad(murtad 3 hari,tak betaubat hukum bunuh)
- Nyawa.
- Keturunan.=diharamkan zina.
- Mengawal akal.=diharamkan arak.
- Harta.
*kafir yang masuk islam akan lebur segala dosa2nya. manakala islam yang murtad akan lebur segala pahla amalnya.
- 3perkara yg boleh merosakkan iman.
- Harta.
- Wanita.
- Takhta.
- Kata imam nawawi :Jangan dibunuh kafir2 yang berlindung ditanah haram makkah.*Haram menumpahkan darah ditanah suci makkah,sama ada ia kafir/muslim.
- Tanah Halal adalah di:-
- Tanaim(iaitu sempadan antara tanah haram dan tanah halal)
- Arafah.
- Sunnah ada 3 hukum:
- sunnah yang haram.
- sunnah yang wajib.
- sunnah yang sunat.
- sunnah Nabi saw menyimpan janggut. boleh menghindari sakit jantung menurut kajian.(orang yahudi tiada menyimpan misai dan janggut.Nasrani menyimpan misai)
Sabtu, 30 Oktober 2010
Petua/Amalan untuk menghindari daripada terkena sihir.
- Ta'awuz (A'oodhu..)serta bismillah dlm memulakan setiap pekerjaan.
- Baca doa semasa memasuki tandas.
- Memakan Tamar Ajwah(Tamar Nabi) 7 biji setiap hari. tamar ini juga merupakan penawar jika termakan racun.
- Solat berjamaah.
- Solat tahajud tengah malam. Banyakkan berdoa dan minta yang dihajati.
- Untuk suami isteri sahaja. letakkan tangan diatas kepala isteri/anak,mohon dilindungi daripada gangguan jin dan syaitan.
- Ambil air sembahyang sebelum tidur. Kelebihanya Malaikat sentiasa mengawasi.
- Baca al fatihah,ayat al kursi,3 kul,al kafirun sebelum tidur hingga lelap.
- Sebelum melangkah kaki keluar rumah mencari rezeki,baca 3kul,hembus pada tapak tangan,kemudian sapukan dari dahi hingga kebelakang kepala.
AURAT MUSLIMAH
- Suami.
- Saudara lelaki yang sesusuan.
- Bapa sendiri, datuk sebelah bapa hinggalah ke atas.
- Bapa mertua, datuk sebelah bapa suami hinggalah ke atas.
- Bapa saudara sama ada dari pihak bapa mahupun ibu.
- Saudara lelaki seibu sebapa atau sebapa atau seibu.
- Anak sendiri, cucu lelaki dari anak lelaki atau perempuan hinggalah ke bawah.
- Kanak-kanak yang belum mengerti tentang aurat atau erti persetubuhan.
- Anak lelaki suami dari isteri yang pertama ataupun cucu suami hinggalah kebawah baik lelaki mahupun perempuan.
- Anak saudara dari saudara lelaki ataupun perempuan yang seibu sebapa atau sebapa atau seibu.
- Orang lelaki yang tidak mempunyai keinginan atau perasaan ghairah dan syahwat terhadap perempuan seperti lelaki bodoh atau lelaki lemah akal.
- Tidak meniru ataupun menyerupai pakaian wanita-wanita musyrik
- Pakaian yang tidak menyamai dengan pakaian kaum lelaki.
- Pakaian yang tidak ketat sehingga boleh menampakkan bentuk tubuh badan.
- Kain yang tidak terlalu nipis sehingga boleh menampakkan bayang-bayang kulitnya.
- Warna yang tidak menjolok mata atau terlalu garang sehingga boleh menarik perhatian lelaki-lelaki yang bukan mahramnya.
- Pakaian itu mestilah menutupi seluruh tubuh badannya kecuali dua bahagian yang telah dibenarkan iaitu muka dan dua tapak tangan.
- Pakaian yang dipakai itu dengan niat ikhlas untuk menutup aurat bukan kerana untuk menunjuk-nunjuk.
- Dengan memelihara pandangan bererti kita telah menunaikan suruhan dan perintah dari Allah dan juga rasulnya.
- Dengan memelihara pandangan akan dapat membebaskan hati dari tawanan serta tuntutan syahwat yang boleh merosakkan.
- Dengan memelihara pandangan akan dapat membentengi seseorang itu dari pintu bisikan syaitan dan hasutannya.
- dengan memalihara pandangan akan dapat mengosongkan hati dari berbagai keinginan untuk melakukan kemaksiatan dan kemungkaran.
- Dengan memelihara pandangan akan dapat menambahkan kekuatan serta kecerdasan akal fikiran.
- Dengan memelihara pandangan bererti kita telah mengeluarkan mahar(mas kahwin) untuk bidadari di syurga.
- Dengan memelihara pandangan akan dapat membantu seseorang itu didalam usahanya menuntut ilmu serta akan beroleh pula keberkatan.
- Dengan memelihara pandangan akan dapat memberi kerehatan dan kelegaan pada kedua mata disamping dapat menenangakan fikiran serta memberi kerehatan pada badan.
