BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Assalamualaikum

Demi Masa..


Get your own Digital Clock

Sabtu, 30 Oktober 2010

AURAT MUSLIMAH

Mahram Muslimah
  1. Suami.
  2. Saudara lelaki yang sesusuan.
  3. Bapa sendiri, datuk sebelah bapa hinggalah ke atas.
  4. Bapa mertua, datuk sebelah bapa suami hinggalah ke atas.
  5. Bapa saudara sama ada dari pihak bapa mahupun ibu.
  6. Saudara lelaki seibu sebapa atau sebapa atau seibu.
  7. Anak sendiri, cucu lelaki dari anak lelaki atau perempuan hinggalah ke bawah.
  8. Kanak-kanak yang belum mengerti tentang aurat atau erti persetubuhan.
  9. Anak lelaki suami dari isteri yang pertama ataupun cucu suami hinggalah kebawah baik lelaki mahupun perempuan.
  10. Anak saudara dari saudara lelaki ataupun perempuan yang seibu sebapa atau sebapa atau seibu.
  11. Orang lelaki yang tidak mempunyai keinginan atau perasaan ghairah dan syahwat terhadap perempuan seperti lelaki bodoh atau lelaki lemah akal.

Pakaian Muslimah
  1. Tidak meniru ataupun menyerupai pakaian wanita-wanita musyrik
  2. Pakaian yang tidak menyamai dengan pakaian kaum lelaki.
  3. Pakaian yang tidak ketat sehingga boleh menampakkan bentuk tubuh badan.
  4. Kain yang tidak terlalu nipis sehingga boleh menampakkan bayang-bayang kulitnya.
  5. Warna yang tidak menjolok mata atau terlalu garang sehingga boleh menarik perhatian lelaki-lelaki yang bukan mahramnya.
  6. Pakaian itu mestilah menutupi seluruh tubuh badannya kecuali dua bahagian yang telah dibenarkan iaitu muka dan dua tapak tangan.
  7. Pakaian yang dipakai itu dengan niat ikhlas untuk menutup aurat bukan kerana untuk menunjuk-nunjuk.

Memelihara pandangan
petikan pendapat imam ibnu Qayyim Al Jauziyyah
  1. Dengan memelihara pandangan bererti kita telah menunaikan suruhan dan perintah dari Allah dan juga rasulnya.
  2. Dengan memelihara pandangan akan dapat membebaskan hati dari tawanan serta tuntutan syahwat yang boleh merosakkan.
  3. Dengan memelihara pandangan akan dapat membentengi seseorang itu dari pintu bisikan syaitan dan hasutannya.
  4. dengan memalihara pandangan akan dapat mengosongkan hati dari berbagai keinginan untuk melakukan kemaksiatan dan kemungkaran.
  5. Dengan memelihara pandangan akan dapat menambahkan kekuatan serta kecerdasan akal fikiran.
  6. Dengan memelihara pandangan bererti kita telah mengeluarkan mahar(mas kahwin) untuk bidadari di syurga.
  7. Dengan memelihara pandangan akan dapat membantu seseorang itu didalam usahanya menuntut ilmu serta akan beroleh pula keberkatan.
  8. Dengan memelihara pandangan akan dapat memberi kerehatan dan kelegaan pada kedua mata disamping dapat menenangakan fikiran serta memberi kerehatan pada badan.

0 ulasan: