BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Assalamualaikum

Demi Masa..


Get your own Digital Clock

Khamis, 16 Jun 2011

Sepi Seorang Perindu -Jamal Abdillah

Bilaku rindu padamu
Terasa kuatnya cintaku
Terbangkit resah terpandang wajahmu
Bertambahlah kasih sayangku

Sesaat kau tak ku pandang
Terasa sepinya jiwaku
Tertunggu aku hadirnya dirimu
Walaupun sekelip mata

Betapa sepinya hidup seorang perindu
Dihanyut oleh keresahan
Rindu hatiku tak jemu padamu
Selagi kau masih ku cinta

Biar apa pun yang memisahkan
Namun ku tetap menyintaimu
Selagi hidup belum berakhir
Selagi itu ku merinduimu

Ku seorang perindu sepi
Tak jemu ku terus menanti

Rabu, 15 Jun 2011

Sayang atau Suka...

Suka adalah ingin memilikinya untuk diri sendiri
Sayang adalah ingin selalu membuatnya bahagia.

Cinta adalah melakukan apapun untuk kebahagiaannya meskipun harus berkorban.
Suka adalah ketika kau bertanya, bolehkah aku mencium mu?
Sayang adalah ketika kau bertanya, bolehkah aku memelukmu?

Cinta adalah ketika kau bertanya, maukah kau genggam tanganku?
Suka adalah ketika kau menangis dia akan berkata, sudahlah jangan menangis.
Sayang adalah ketika kau menangis dia akan menangis bersamamu.

Cinta adalah ketika kau menangis dia akan berkata, sudahlah kita akan selesaikan ini bersama-sama.
Suka adalah pada saat kau melihatnya ia begitu menawan.
Sayang adalah ketika kau melihat dengan hati bukan dengan mata.

Cinta adalah ketika kau melihatnya kau akan berkata, Buatku dia adalah anugerah terindah yang pernah tuhan berikan padaku.
Suka adalah pada saat ia menyakitimu kau akan marah dan tidak mau bicara lagi padanya.
Sayang adalah pada saat ia menyakitimu maka kau akan menangis untuknya.

Cinta adalah pada saat ia menyakitimu maka kau akan berkata tak apa ia hanya tidak tahu apa yang telah ia lakukan.
Suka adalah memaksanya untuk menyukaimu.
Sayang adalah membiarkannya memilih.

Cinta adalah menantinya dengan setia dan tulus.
Suka adalah menemaninya saat menguntungkanmu.
Sayang adalah menemaninya saat ia memerlukanmu.

Cinta adalah selalu menemaninya disaat bagaimanapun keadaanmu.
Suka adalah hal yang menuntut.
Sayang adalah hal yang memberi dan menerima.

Cinta adalah hal yang memberi dengan ikhlas tanpa mengharapkan balasan.

Cinta Itu Anugerah...

Andaikata dunia hendak meraih cinta, ia tak akan mampu dan andaikata ia akan 
menolaknya, ia juga tak akan kuasa, kerana cinta itu suatu anugerah..

Cinta itu seperti sinar matahari, memberi TANPA mengharap kembali.
Cinta itu seperti sinar matahari, TIDAK MEMILIH siapa yang ia sinari. 

Cinta itu seperti 
sinar matahari yang MEMBERI KEHANGATAN DI HATI..
Cinta adalah sebuah janji, cinta adalah sebuah cenderahati, sekali diberi tidak akan di lupakan , jangan biarkan ia hilang.

Jika ia sebuah cinta, ia tidak hadir dengan permintaan… namun ia hadir kerana 
ketentuannya…. Jika ia sebuah cinta, ia tidak hadir dengan kemewahan dan 
kebendaan…namun ia hadir kerana pengorbanan dan kesetiaan

Cinta tak pernah menjanjikan apa-apa. Ia berlaku dengan indah sekali dan mungkin 
berakhir dengan perit sekali.

Cinta tidak semestinya membawa kebahagian dan keindahan. Cinta juga adalah 
pemusnah dan boleh membawa pada kekecewaan yang panjang. 

Ingat disetiap waktu ada org yang lebih menyayangi diri kita. Kita tak akan 
kehilangannya sekira kita terus menyayanginya dengan sepenuh hati

Cinta perempuan itu diibaratkan seperti layang-layang, bila dikejar ia lari, 
bila ditunggu ia menanti. Manakala cinta lelaki pula adalah seperti cermin, 
walaupun ia tidak berbohong, namun sukar untuk dipercayai. Sedangkan cinta itu 
sendiri adalah seperti sang rembulan yang menerangi kegelapan malam yang gelita 
tetapi sampai hati membiarkan pungguk merinduinya.

Andai kita menyinta, jangan dipuja cinta itu seperti bunga kerana bunga akan 
layu bila akhir musimnya. Biarlah cinta itu seperti sungai yang mengalir kerana 
ianya akan mengalir buat selamanya.

Cinta ibarat dua hati yang dihubungkan oleh sebatang spring teguh dan ajaib, 
apabila dua hati itu dijarakkan, spring itu akan mengalami ketegangan. Semakin 
jauh spring itu diregangkan, semakin kuat dua hati itu ingin bertemu.

Cinta yang dimulai dengan senyuman,tumbuh dengan dakapan dan seringkali berakhir 
dengan air mata.

Cinta itu adalah sesuatu yang SEDAP jika dilihat, tapi BASI jika dibiarkan. 
Cinta itu BUKAN seuatu hal yang indah, jika berakhir dengan perpisahan.....

Khamis, 19 Mei 2011

Kitab: Halal dan haram didalam islam(terjemahan asal dari kitab yusof al-qardawi)

  • Diharamkan sutera bagi lelaki,digantikan cotton.kerana sutera itu lembut berlawanan dengan sifat lelaki.
  • Menyampai kepada yang haram adalah haram hukumnya,Menyampai kepada yang halal adalah halal hukumnya.
    • Maksudnya:melakukan suatu perkara yang halal asalnya, Yang akhirnya menuju haram. 
    • Contoh:bersetubuhan antara lelaki dan perempuan tiada nikah itu haram.Jadi,Melakukan perkara yang sebelum berlakunya itu adalah haram.Seperti berhubungan antara lelaki dan perempuan hingga timbulnya suatu tarikan syhwat,Kemudian pergi menonton wayang,dan akhirnya melakukan persetubuhan. 
  • hukum kencing berdiri adalah makruh.ini krn Nabi SAW pernah kencing berdiri ditempat pembuangan sampah semasa dalam medan peperangan.adalah tidak layak seorang Nabi tunduk di tempat pembuangan sampah.
  • tempat yg diharamkan membung hadas besar.krn menyebabkan tersebarnya penyakit.
    • di telaga/sungai.
    • di jalanan.
    • tempat perteduhan.cth:hentian bas.
  • dijadikan yang Halal dan haram ada sebab musababnya. yg haram itu sedikit,manakala yg halal itu banyak.
  • amalan yg baik adalah penghapus dosa.spt bersedekah.
  • menghalal yg haram,mengharam yg halal jatuh syirik.cth: seorg yg tak blh memakan daging kambing,berkata ia"aku haram memakan daging kambing" ia jatuh syirik.kerana asalnya kambing itu halal.
  • Tabaruj:ertinya seorang wanita memakai pakaian/perhiasan yg bertujuan menarik perhatian org lain.spt memakai wangian.
  • terjumpa makanan/barang di jalanan adalah haram diambil/dimakan.
    • cth:sebuah lori yg membawa durian kemalangan.bertaburan durian di tengah jalan.adalah haram diambil.walaupun pemandu suruh ambil, ia tetap haram.krn ia bukan haknya.halal jika pemandu itu adalah pemiliknya.
  • diharamkan arak.tidak diterima solat org yg meminum arak selama 40 hari.krn kandungan arak itu kekal didalam badan selama 40 hari.
  • bersunat bagi lelaki hukumnya adalah wajib.manakala bersunat bagi perempauan adalah sunat hukumnya.kelebihan bersunat bagi lelaki akan terhindar segala penyakit kelamin.

kitab: Baharu Al-Madzi -Juzu 5. Mengenai puasa.


  • Memulakan ibadat hendaklah dimulakan dengan niat.
  • Tiada puasa bagi orang yang tidak berniat puasa pada malamnya.
  • Puasa wajib spt puasa ramdan dan puasa nazar, wajib berniat puasa malam,sebelum tidur.
  • Hukum niat puasa sunat adalah harus walaupun selepas subuh/terbit fajar.dengan syarat tiada melakukan perkara yg membatalkan puasa, sah puasanya.
  • Berniat puasa dalam hati,tiada wajib dilafazkan.melafazkan hukumnya sunat.
  • Tiada batal puasa memandang wanita sehingga keluar mani.
  • Tiada batal puasa mimpi keluar mani siang hari puasa.
  • Tiada batal puasa cium isteri merasa sedap ia, sehingga keluar mazi,tiada keluar mani.
  • berjima suami isteri malam hari, tiada sedar(tertidur)hingga siang hari maka tiada batal puasanya.

kitab: penyuluh bagi hati.
  • IKHLAS itu kelakuan hati yang Allah PUJI.
  • Peringkat IKHLAS
    • Yang paling TINGGI-Melakukan ibadat semata2 kerana Allah.
    • Yang SEDERHANA-Melakukan ibadat kerana menuntut pahla dan lari daripada siksa.
    • Yang paling RENDAH-Melakukan ibadat kerana hendak Allah bagi selamat didunia.
  • RIAK itu adalah syirik kecil. cth: melakukan ibadat kerana inginkan pujian/menunjuk-nunjuk.
  • Apabila syukur itu ada 3 perlaksanaanya.
    1. Ilmu -merasa didalam hati suatu kesembuhan datang dari allah.
    2. Perlakuan
    3. Tindakkan
  • Orang yang hampir kepada Allah,Allah akan lindungi segala yang berlaku, melainkan dengan izinnya.
  • Islam menjamin 5 perkara:-
  1. Agama.=pengharaman murtad(murtad 3 hari,tak betaubat hukum bunuh)
  2. Nyawa.
  3. Keturunan.=diharamkan zina.
  4. Mengawal akal.=diharamkan arak.
  5. Harta.
*kafir yang masuk islam akan lebur segala dosa2nya. manakala islam yang murtad akan lebur segala pahla amalnya.
  • 3perkara yg boleh merosakkan iman.
    1. Harta. 
    2. Wanita. 
    3. Takhta.

Bab Haji.
  • Kata imam nawawi :Jangan dibunuh kafir2 yang berlindung ditanah haram makkah.*Haram menumpahkan darah ditanah suci makkah,sama ada ia kafir/muslim.
  • Tanah Halal adalah di:-
    • Tanaim(iaitu sempadan antara tanah haram dan tanah halal)
    • Arafah.


  • Sunnah ada 3 hukum:
    1. sunnah yang haram.
    2. sunnah yang wajib.
    3. sunnah yang sunat.
  • sunnah Nabi saw menyimpan janggut. boleh menghindari sakit jantung menurut kajian.(orang yahudi tiada menyimpan misai dan janggut.Nasrani menyimpan misai)