- Ta'awuz (A'oodhu..)serta bismillah dlm memulakan setiap pekerjaan.
- Baca doa semasa memasuki tandas.
- Memakan Tamar Ajwah(Tamar Nabi) 7 biji setiap hari. tamar ini juga merupakan penawar jika termakan racun.
- Solat berjamaah.
- Solat tahajud tengah malam. Banyakkan berdoa dan minta yang dihajati.
- Untuk suami isteri sahaja. letakkan tangan diatas kepala isteri/anak,mohon dilindungi daripada gangguan jin dan syaitan.
- Ambil air sembahyang sebelum tidur. Kelebihanya Malaikat sentiasa mengawasi.
- Baca al fatihah,ayat al kursi,3 kul,al kafirun sebelum tidur hingga lelap.
- Sebelum melangkah kaki keluar rumah mencari rezeki,baca 3kul,hembus pada tapak tangan,kemudian sapukan dari dahi hingga kebelakang kepala.
Sabtu, 30 Oktober 2010
Petua/Amalan untuk menghindari daripada terkena sihir.
AURAT MUSLIMAH
- Suami.
- Saudara lelaki yang sesusuan.
- Bapa sendiri, datuk sebelah bapa hinggalah ke atas.
- Bapa mertua, datuk sebelah bapa suami hinggalah ke atas.
- Bapa saudara sama ada dari pihak bapa mahupun ibu.
- Saudara lelaki seibu sebapa atau sebapa atau seibu.
- Anak sendiri, cucu lelaki dari anak lelaki atau perempuan hinggalah ke bawah.
- Kanak-kanak yang belum mengerti tentang aurat atau erti persetubuhan.
- Anak lelaki suami dari isteri yang pertama ataupun cucu suami hinggalah kebawah baik lelaki mahupun perempuan.
- Anak saudara dari saudara lelaki ataupun perempuan yang seibu sebapa atau sebapa atau seibu.
- Orang lelaki yang tidak mempunyai keinginan atau perasaan ghairah dan syahwat terhadap perempuan seperti lelaki bodoh atau lelaki lemah akal.
- Tidak meniru ataupun menyerupai pakaian wanita-wanita musyrik
- Pakaian yang tidak menyamai dengan pakaian kaum lelaki.
- Pakaian yang tidak ketat sehingga boleh menampakkan bentuk tubuh badan.
- Kain yang tidak terlalu nipis sehingga boleh menampakkan bayang-bayang kulitnya.
- Warna yang tidak menjolok mata atau terlalu garang sehingga boleh menarik perhatian lelaki-lelaki yang bukan mahramnya.
- Pakaian itu mestilah menutupi seluruh tubuh badannya kecuali dua bahagian yang telah dibenarkan iaitu muka dan dua tapak tangan.
- Pakaian yang dipakai itu dengan niat ikhlas untuk menutup aurat bukan kerana untuk menunjuk-nunjuk.
- Dengan memelihara pandangan bererti kita telah menunaikan suruhan dan perintah dari Allah dan juga rasulnya.
- Dengan memelihara pandangan akan dapat membebaskan hati dari tawanan serta tuntutan syahwat yang boleh merosakkan.
- Dengan memelihara pandangan akan dapat membentengi seseorang itu dari pintu bisikan syaitan dan hasutannya.
- dengan memalihara pandangan akan dapat mengosongkan hati dari berbagai keinginan untuk melakukan kemaksiatan dan kemungkaran.
- Dengan memelihara pandangan akan dapat menambahkan kekuatan serta kecerdasan akal fikiran.
- Dengan memelihara pandangan bererti kita telah mengeluarkan mahar(mas kahwin) untuk bidadari di syurga.
- Dengan memelihara pandangan akan dapat membantu seseorang itu didalam usahanya menuntut ilmu serta akan beroleh pula keberkatan.
- Dengan memelihara pandangan akan dapat memberi kerehatan dan kelegaan pada kedua mata disamping dapat menenangakan fikiran serta memberi kerehatan pada badan.
Meniup Lilin
Pesanan Seorang Isteri..
Sejarah Solat 5 Waktu
Nabi Muhammad SAW merupakan nabi terakhir yang diutuskan oleh Allah SWT untuk membimbing manusia ke arah jalan kebenaran. Tidak seperti umat nabi-nabi yang lain, umat nabi Muhammad telah diperintahkan untuk mengerjakan solat 5 waktu setiap hari. Ini merupakan kelebihan dan anugerah Allah SWT terhadap umat nabi Muhammad dimana solat tersebut akan memberikan perlindungan ketika di hari pembalasan kelak. Berikut diterangkan asal-usul bagaimana setiap solat mula dikerjakan.
Subuh:
Manusia pertama yang mengerjakan solat subuh ialah Nabi Adam a.s. iaitu ketika baginda keluar dari syurga lalu diturunkan ke bumi. Perkara pertama yang dilihatnya ialah kegelapan dan baginda berasa takut yang amat sangat. Apabila fajar subuh telah keluar, Nabi Adam a.s. pun bersembahyang dua rakaat.
Rakaat pertama: Tanda bersyukur kerana baginda terlepas dari kegelapan malam.
Rakaat kedua: Tanda bersyukur kerana siang telah menjelma.
Zohor:
Manusia pertama yang mengerjakan solat Zohor ialah Nabi Ibrahim a.s. iaitu tatkala Allah SWT telah memerintahkan padanya agar menyembelih anaknya Nabi Ismail a.s.. Seruan itu datang pada waktu tergelincir matahari, lalu sujudlah Nabi Ibrahim sebanyak empat rakaat.
Rakaat pertama: Tanda bersyukur bagi penebusan.
Rakaat kedua: Tanda bersyukur kerana dibukakan dukacitanya dan juga anaknya.
Rakaat ketiga: Tanda bersyukur dan memohon akan keredhaan Allah SWT.
Rakaat keempat: Tanda bersyukur kerana korbannya digantikan dengan tebusan kibas.
Asar:
Manusia pertama yang mengerjakan solat Asar ialah Nabi Yunus a.s. tatkala baginda dikeluarkan oleh Allah SWT dari perut ikan Nun. Ikan Nun telah memuntahkan Nabi Yunus di tepi pantai, sedang ketika itu telah masuk waktu Asar. Maka bersyukurlah Nabi Yunus lalu bersembahyang empat rakaat kerana baginda telah diselamatkan oleh Allah SWT daripada 4 kegelapan iaitu:
Rakaat pertama: Kelam dengan kesalahan.
Rakaat kedua: Kelam dengan air laut.
Rakaat ketiga: Kelam dengan malam.
Rakaat keempat: Kelam dengan perut ikan Nun.
Maghrib:
Manusia pertama yang mengerjakan solat Maghrib ialah Nabi Isa a.s. iaitu ketika baginda dikeluarkan oleh Allah SWT dari kejahilan dan kebodohan kaumnya, sedang waktu itu telah terbenamnya matahari. Bersyukur Nabi Isa, lalu bersembahyang tiga rakaat kerana diselamatkan dari kejahilan tersebut iaitu:
Rakaat pertama: Untuk menafikan ketuhanan selain daripada Allah yang Maha Esa.
Rakaat kedua: Untuk menafikan tuduhan dan juga tohmahan ke atas ibunya Siti Mariam yang telah dituduh melakukan perbuatan sumbang.
Rakaat ketiga: Untuk meyakinkan kaumnya bahawa Tuhan itu hanya satu iaitu Allah SWT semata-mata, tiada dua atau tiganya.
Isyak:
Manusia pertama yang mengerjakan solat Isyak ialah Nabi Musa a.s.. Pada ketika itu, Nabi Musa telah tersesat mencari jalan keluar dari negeri Madyan, sedang dalam dadanya penuh dengan perasaan dukacita. Allah SWT menghilangkan semua perasaan dukacitanya itu pada waktu Isyak yang akhir. Lalu sembahyanglah Nabi Musa empat rakaat sebagai tanda bersyukur.
Rakaat pertama: Tanda dukacita terhadap isterinya.
Rakaat kedua: Tanda dukacita terhadap saudaranya Nabi Harun.
Rakaat ketiga: Tanda dukacita terhadap Firaun.
Rakaat keempat: Tanda dukacita terhadap anak Firaun
Fadhilat Membaca Bismillah
Membaca Bismillah setiap kali melakukan sesuatu pekerjaan atau perbuatan sebenarnya memberi kebaikan yang sangat banyak. Allah sendiri memerintahkan para malaikat supaya mencatat pahala bagi umat manusia yang membaca Bismillah.
Seseorang yang membaca Bismillah sebanyak 21 kali ketika hendak tidur, akan aman dariapda gangguan syaitan, kecurian, maut yang mendadak dan bala. Sementara pasangan yang membacanya ketika hendak berjimak, akan melahirkan anak yang soleh dan bagi ibu bapanya kebajikan sejumlah tarikan nafas anak itu.
Membaca 41 kali Bismillah ke telingan orang yang pengsan, insya Allah dia akan segera sedar. Membaca 313 kali Bismillah serta 100 kali selawat ke atas Nabi SAW pada waktu pagi hari Ahad sewaktu matahari terbit dengan menghadap kiblat, insya Allah akan mendapat rezeki yang tidak terduga.
Bagi ibu bapa yang mempunyai anak yang bebal, eloklah dibaca Bismillah sebanyak 786 kali, kemudian ditiupkan pada air lalu diberi minum anak itu selama tujuh hari pada saat matahari terbit, insya Allah lenyaplah kebebebalannya. Perkara yang sama juga dilakukan kepada adik-beradik, suami, isteri atau sesiapa yang dimaksudkan.
Sesiapa yang membaca 50 kali Bismillah di hadapan orang orang zalim, akan tunduk dan takutlah orang zalim itu. Bagi perempuan yang hamil, tulislah 61 kali kalimah Bismillah hingga akhirnya dengan huruf Arab di atas kertas putih lalu sisipkannya ke perut wanita itu, insya Allah hidup anak yang dikandung itu.
Mereka yang berniaga, bacalah 786 kali di hadapan dagangannya lalu dihembuskan selama tujuh hari. Insya Allah dengan izin Allah akan majulah perniagaannya.
Khamis, 28 Oktober 2010
Seruan
“Dan orang yang beriman, lelaki dan perempuan, setengahnya menjadi penolong bagi setengahnya yang lain; mereka menyuruh berbuat kebaikan, dan melarang daripada berbuat kejahatan; dan mereka mendirikan sembahyang dan memberi zakat, serta taat kepada Allah dan Rasul-Nya. Mereka itu akan diberi rahmat oleh Allah; sesungguhnya Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.” (Surah At-Taubah, ayat 71)
Setiap kamu adalah pemimpin dan setiap kamu akan ditanya mengenai kepemimpinannya. Ketua adalah pemimpin dan akan ditanya mengenai kepemimpinannya. Kaum lelaki pemimpin kepada keluarganya dan akan ditanya mengenai kepemimpinannya. Perempuan adalah pemimpin dalam rumah tangga suaminya dan akan ditanya kepemimpinannya. (Orang suruhan) adalah pemimpin (penjaga) hartanya dan dia juga akan ditanya mengenai penjagaannya. Setiap kamu adalah pemimpin yang akan ditanya kepemimpinannya.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)
Selasa, 26 Oktober 2010
Tip ibu bapa untuk anak
» Sebaik kandungan mencecah empat bulan, ibu digalakkan baca surah al-Fatihah, ayat Kursi dan surah al-Inshirah.
» Surah Fatihah adalah ibu al-Quran, ayat Kursi bertujuan menghalau gangguan syaitan manakala surat al-Inshirah untuk melapangkan hati dan fikiran.
» Selepas bersalin, baca surah berkenaan ketika menyusukan anak dan dihembuskan di kepala. Ia boleh diteruskan sehingga anak cukup umur.
» Waktu ketika anak antara sedar dan tidak. Rebut peluang bisikkan kata-kata nasihat, pujian dan pesanan. Ambil masa seminit, dua untuk membacakan doa sambil mengusap kepala mereka selain memberikan nasihat.
» Doakan kejayaan anak, rakan anak mereka, anak rakan dan jiran.
tanggungjawab
“Kaum lelaki adalah pemimpin dan pengawal yang bertanggungjawab terhadap kaum perempuan, oleh kerana Allah melebihkan lelaki (dengan beberapa keistimewaan) atas perempuan dan kerana lelaki sudah membelanjakan (memberi nafkah) sebahagian dari harta mereka. Maka perempuan salih itu ialah yang taat (kepada Allah dan suaminya) dan yang memelihara (kehormatan dirinya dan apa juga yang wajib dipelihara) ketika suami tidak hadir bersama, dengan pemuliharaan Allah dan pertolongan-Nya. Dan perempuan yang kamu bimbang melakukan perbuatan derhaka (nusyuz) hendaklah kamu menasihati mereka, dan (jika mereka berdegil) pulaukanlah mereka di tempat tidur dan (jika mereka masih degil) pukullah mereka (dengan pukulan ringan yang bertujuan mengajarnya). Kemudian jika mereka taat kepada kamu, maka janganlah kamu mencari-cari jalan untuk menyusahkan mereka. Sesungguhnya Allah Maha Tinggi, lagi Maha Besar.” (Surah An-Nisa’, ayat 34)
Isnin, 25 Oktober 2010
Rahsia pemakanan ilmuwan Islam
Madu – Madu adalah makanan yang sangat berkhasiat. Al-Quran mengiktiraf ia ‘shifa’ iaitu penyembuh penyakit. Madu didapati berkesan untuk merawati penyakit dan boleh menghindarkan kepenatan kerja otak seperti berfikir, membaca, merancang dan bermesyuarat. Ia perlu diambil dua sudu teh (gunakan sudu plastik) pada waktu pagi dan malam.
Kismis – Mengandungi zat besi yang amat diperlukan untuk membina darah bagi memastikan bekalan oksigen yang mencukupi untuk disalurkan ke otak. Adab memakannya ialah dengan mengadap Kiblat, membaca Bismillah dan selawat tiga kali diikuti doa penerang hati. Ia perlu dimakan seperti memakan gula-gula kerana dikatakan tidak berkesan jika dikunyah dan diambil satu persatu sebanyak 21 biji setiap hari.
Susu segar – Susu berguna untuk kesihatan otak, mempertajamkan ingatan, membekalkan tenaga mental dan fizikal. Susu mengandungi tiga unsur semula jadi iaitu keju, lemak dan air yang amat diperlukan untuk pertumbuhan badan dan otak. Susu yang terbaik untuk ketajaman minda ialah susu kambing, biri – biri dan lembu yang segar. Ia diminum segelas pada sebelah pagi dan malam.
Telur – Bermanfaat untuk menambah kekuatan otak, badan dan menjaga kesihatan keseluruhannya. Ahli – ahli kesihatan mengakui ia adalah makanan yang lengkap dan berkhasiat. Telur yang terbaik ialah telur ayam kampung dan yang masih baru.
Halia – Ia sangat mujarab untuk menghindar masalah lupa. Ia boleh dimakan mentah atau dibuat halwa. Halwa ialah halia yang dijadikan Dimakan sedikit saja pada waktu pagi.
Buah Delima – Mujarab untuk penerang hati seperti sabda Nabi Muhammad SAW: “Sesiapa yang memakan buah delima keseluruhannya, sesungguhnya Allah menerangkan hatinya selama 40 hari.”
Ahad, 24 Oktober 2010
berbuat baik,solat dan berdoa
- Malam nisfu syaaban.
- Malam rejab.
- Malam aidilfitri.
- Malam aidiladha.
- Hari jumaat.(Ada 12 waktu mustajab yang dirahsiakan)
- Di antara azan dan iqamah.
- Di antara waktu zuhor dan asar.
- Ketika hujan.
- Ketika lailatul-qadar.
- Ketika memulakan solat dan selepas selesai solat.
- Ketika menghadapi barisan musuh di medan peperangan.
- Ketika mendoakan orang lain.
- Di tengah mlm.
- Ketika sujud dalam solat.(adalah waktu paling hampir antara hamba dengan TuhanNya)
- Ketika iktidal akhir dalam solat.
- Ketika khatam 30 juz Al-Quran.
- Malam jumaat dan sepanjang jumaat kerana mengharapkan berjumpa dengan saat ijabah(diperkenankan doa) yang terletak di antara terbit fajar hingga terbenam matahari hari jumaat.
- Tinggalkan makanan-makanan yang haram.
- Meninggalkan perkara yang membawa kepada dosa.
- Berusaha dengan apa yang didoakan.
- Menadah tangan ketika berdoa dan jangan dengan belakang tapak tangan,hujung jari separas dengan bahu.
- khusyuk dan faham doa yang dibaca.
