Andaikata dunia hendak meraih cinta, ia tak akan mampu dan andaikata ia akan
menolaknya, ia juga tak akan kuasa, kerana cinta itu suatu anugerah..
Cinta itu seperti sinar matahari, memberi TANPA mengharap kembali.
Cinta itu seperti sinar matahari, TIDAK MEMILIH siapa yang ia sinari.
Cinta itu seperti
sinar matahari yang MEMBERI KEHANGATAN DI HATI..
Cinta adalah sebuah janji, cinta adalah sebuah cenderahati, sekali diberi tidak akan di lupakan , jangan biarkan ia hilang.
Jika ia sebuah cinta, ia tidak hadir dengan permintaan… namun ia hadir kerana
ketentuannya…. Jika ia sebuah cinta, ia tidak hadir dengan kemewahan dan
kebendaan…namun ia hadir kerana pengorbanan dan kesetiaan
Cinta tak pernah menjanjikan apa-apa. Ia berlaku dengan indah sekali dan mungkin
berakhir dengan perit sekali.
Cinta tidak semestinya membawa kebahagian dan keindahan. Cinta juga adalah
pemusnah dan boleh membawa pada kekecewaan yang panjang.
Ingat disetiap waktu ada org yang lebih menyayangi diri kita. Kita tak akan
kehilangannya sekira kita terus menyayanginya dengan sepenuh hati
Cinta perempuan itu diibaratkan seperti layang-layang, bila dikejar ia lari,
bila ditunggu ia menanti. Manakala cinta lelaki pula adalah seperti cermin,
walaupun ia tidak berbohong, namun sukar untuk dipercayai. Sedangkan cinta itu
sendiri adalah seperti sang rembulan yang menerangi kegelapan malam yang gelita
tetapi sampai hati membiarkan pungguk merinduinya.
Andai kita menyinta, jangan dipuja cinta itu seperti bunga kerana bunga akan
layu bila akhir musimnya. Biarlah cinta itu seperti sungai yang mengalir kerana
ianya akan mengalir buat selamanya.
Cinta ibarat dua hati yang dihubungkan oleh sebatang spring teguh dan ajaib,
apabila dua hati itu dijarakkan, spring itu akan mengalami ketegangan. Semakin
jauh spring itu diregangkan, semakin kuat dua hati itu ingin bertemu.
Cinta yang dimulai dengan senyuman,tumbuh dengan dakapan dan seringkali berakhir
dengan air mata.
Cinta itu adalah sesuatu yang SEDAP jika dilihat, tapi BASI jika dibiarkan.
Cinta itu BUKAN seuatu hal yang indah, jika berakhir dengan perpisahan.....
Rabu, 15 Jun 2011
Cinta Itu Anugerah...
Dicatat oleh IsMa di 7:15 PTG
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)

0 ulasan:
Catat Ulasan