BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Assalamualaikum

Demi Masa..


Get your own Digital Clock

Ahad, 24 Oktober 2010

berbuat baik,solat dan berdoa

Firman Allah di dalam al-Quran:
“Berdoalah kepada-Ku, niscaya akan Kuperkenankan bagimu. Sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri dari menyembah-Ku akan masuk neraka Jahannam dalam keadaan hina dina.”
(Surah al-Mu’min, 40: 60)

“Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu tentang Aku, maka (jawablah), bahawasanya Aku adalah dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdoa apabila ia memohon kepada-Ku, maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintah-Ku) dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku, agar mereka selalu berada dalam kebenaran.”
(Surah al-Baqarah, 2: 186)

Perihal Doa
-Doa merupakan senjata orang mukmin.
-Salah satu cara menghampirikan diri dengan Allah.
-Boleh berdoa bila-bila masa,walaupun dalam hati,tak mesti ditikar solat.
-Tak mustajab doa yang sambil lewa.
-Tak mustajab doa yang tak yakin diterima allah.
-Sunnah Nabi Muhammad saw mendoakan yang baik-baik.
-Tanda doa yang mustajab hatinya tenang,ada jalan keluar segala permasalahannya.
5 hari doa yang mustajab
bermulanya hari apabila masuk waktu maghrib
  1. Malam nisfu syaaban.
  2. Malam rejab.
  3. Malam aidilfitri.
  4. Malam aidiladha.
  5. Hari jumaat.(Ada 12 waktu mustajab yang dirahsiakan)
Waktu mustajab doa
  1. Di antara azan dan iqamah.
  2. Di antara waktu zuhor dan asar.
  3. Ketika hujan.
  4. Ketika lailatul-qadar.
  5. Ketika memulakan solat dan selepas selesai solat.
  6. Ketika menghadapi barisan musuh di medan peperangan.
  7. Ketika mendoakan orang lain.
  8. Di tengah mlm.
  9. Ketika sujud dalam solat.(adalah waktu paling hampir antara hamba dengan TuhanNya)
  10. Ketika iktidal akhir dalam solat.
  11. Ketika khatam 30 juz Al-Quran.
  12. Malam jumaat dan sepanjang jumaat kerana mengharapkan berjumpa dengan saat ijabah(diperkenankan doa) yang terletak di antara terbit fajar hingga terbenam matahari hari jumaat.
Untuk Mustajab
  1. Tinggalkan makanan-makanan yang haram.
  2. Meninggalkan perkara yang membawa kepada dosa.
  3. Berusaha dengan apa yang didoakan.
  4. Menadah tangan ketika berdoa dan jangan dengan belakang tapak tangan,hujung jari separas dengan bahu.
  5. khusyuk dan faham doa yang dibaca.
Penyempurna doa
adalah amin.untuk mengakhiri hujung doa.
maksud amin:
-Dengarlah...
-Terimalah...
-Tunaikanlah..

0 ulasan: